Sunday, May 13, 2012

Org Kg Paling Sibuk Menjelang PRU 13


Sana sini aktiviti....musim inilah batang hidung YB muncul. Senyumannya sentiasa di bibir dan janji pasti ada lagi yang ditabur. Peruntukan kilat mula sudah gugur.....

Wednesday, March 7, 2012

Musim Pemimpin Jenguk Kampung


Menjelang PRU 13 berbagai program rancak berjalan. Musim inilah para pemimpin menjenguk kampung dan ini kalilah mereka tahu mana jalan yang perlu dibaiki dan mana janji yang belum ditunaikan. Namun janji tetap juga ditabur demi meraih undi.

Tuesday, February 7, 2012

'Oh Bulan di mana kamu berada...' antara bait-bait lagu yang cukup nostalgia. Dulu Bulan cukup dinanti-nantikan oleh masyarakat kampung khasnya para remaja dan kanak-kanak...tapi bulan kini seakan dulupakan sejak ada elektrik khasnya dunia IT melanda khasnya FB dan Twiter. Keindahan bulan kini tidak lagi dihiraukan walaupun suatu ketika dulu ianya menjadi sumber ilham para pujangga dalam menghasilkan karya mereka. Namun bulan tetap relevan dengan kehidupan di kampung dan boleh dijadikan aktiviti pelancongan.